Cinta Monyet? Jangan Ada Yang Jadi Monyet Dahla.

Cinta monyet, cinta kera, cinta beruk dan apa lagi yang seangkatan dengan dia.... ceh... apa yang aku tuliskan ni tak faham aku. Okeylah kenapa aku memperkatakan cinta monyet, why.... cinta monyet ni biasanya terjadi di zaman anak-anak muda-mudi yang baru nak berjinak-jinak dengan cinta atau lebih senang dikatakan yang sedang hangat dilamun cinta. Mabuk cinta ni memang payah dan susah nak cari penawarnya. Pendek kata apa yang hodoh yang busuk dikatakan wangi. Kenapa dipanggil cinta monyet senang aje...

Kisahnya begini.Ada seorang anak muda yang bernama Mon sedang mabuk cinta dengan seorang gadis yang bernama Yet. Cinta mereka dihalang oleh kedua orang tua mereka, pasal masa tu Mon belum lagi berkhatan tapi dah pandai bermain cinta. Yang si Yet masa tu masak nasi dahlah tak reti, bangang pula tu. Itu pasallah cinta mereka dihalang.

Dia orang ni pula punyalah pandai berdating. Tempat dia orang selalu lepak biasanya di bawah pokok pisang, pasal kawasan tu sejuk sikit senang nak memanaskan badan. Aktiviti pula biasalah beb takkan kau orang tak tahu, orang bercinta katakan. Sedar-sedar father and mother Yet terkejut hampir nak kojol bila dapat tahu dia nak dapat cucu percuma.

Mon memang bijak buat anak biar pun belum berkhatan lagi. Yet akhirnya mengajak Mon lari ke dalam hutan mana taknya nak makan parang buting free, aku tak nak beb. Larilah mereka ke dalam hutan rimba. Hidup mereka hanya bergayut kat atas pokok nak turun ke tanah takut kena makan dek rimau, tahu pun takut, buat benda tu takut pula.. pirrahhhh....... apalah punya manusia.

Ibu bapa mereka di kampung asyik menyumpah-nyumpahkan Mon dan Yet. "Monyet-monyet kau orang berdua memang buta nafsu.... kau memang monyet... monyet....," begitulah lebih kurang sumpah ibu bapa mereka kerana masinnya mulut ibu bapa mereka akhirnya mereka berdua disumpahkan menjadi monyet.

Demikianlah nasib mereka berdua. Pasal tu lah orang panggil cinta monyet yang dibutakan oleh nafsu. Kan tak pasal-pasal jadi monyet. Hargailah cinta kerana cinta itu satu anugerah dari Tuhan yang Maha Esa. Seboleh-bolehnya peliharalah ia dengan sempurna dengan mengikut hukum-hukum Tuhan. Selagi belum ada apa-apa ikatan yang sah (muhrim) usahlah raba meraba, cium mencium, cubit mencubit kerana itu adalah satu dosa. Seumpamanya kita sendiri telah mencemarkan harga cinta yang dikurniakan dari Tuhan.

Contohnya senang saja, tengoklah monyet-monyet kat dalam zoo macam mana perangainya, malulah sikit beb kita ni ada agama, ada Tuhan, ada masyarakat, ada adat resam. Janganlah jadi monyet-monyet yang kat dalam zoo. Jadi, jagalah adat budaya kita orang timur yang sejati. Lainlah kalau kau tu mat saleh yang tak ada pegangan, nak buat apa pun orang tak marah. Tapi kita ni orang timur beb.... yang ada maruah dan reti malu. Jadi fikirlah ia seelok-eloknya untuk kebaikan kita bersama.

Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to Admin

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

tapi remaja kita sekarang tak reti malu bro. lihat sajalah kat taman bunga, tepi pantai/laut takpun kat pusat membeli belah tu. cam c Mon & C Yet sudah gayanya.

junaidi berkata...

uiseh! mcm trasa plak aku....
hahahahahahah!
=))

just kiddin!!
:D

friendly81 berkata...

uiks Junaidi... hehe... :D

dOn berkata...

dulu jak lawh... ;))

friendly81 berkata...

dulu yang macam mana tu Don.... hehehe... :D

Tanpa Nama berkata...

yalah mon ngan yet tu ikt nafsu dorang ja, jdi sape da ada baby sblum nikah tu monyet la agaknya sbb tak de otak nak fikir..................!

Catat Ulasan

Why not get paid to leave a comment?
YOU PLAY, WE PAY. SIGN UP NOW.