Entahlah.... Bilalah Aku Nak Kaya!

"Entahlah Gus.... sampai bila aku ni nak kaya tak tahu la," keluh seorang sahabat ku yang sentiasa berharap untuk menjadi kaya sedangkan usahanya tak seberapa. Kekadang tu aku hairan juga, apasal la manusia ni terlalu mengejar sangat kebendaan dan kekayaan sehingga boleh menjejaskan keseimbangan hidup dan fikiran mereka semata-mata ingin kaya.

Macam sahabat aku sorang ni, tiap kali jumpa tak habis-habis merungut pada dirinya sendiri kenapa dia tidak menjadi seorang yang kaya. "Siang malam aku kerja macam nak mati tapi kayanya tak juga. Senang cerita macam 'katak kena simbah' la Gus. Tu yang aku feed-up tu!" keluhnya lagi tanda tidak puas hati mengenai usahanya yang tak menjadi.


Kira dah nasib baik la sahabat ku tu sebab tak mati, daripada sesetengah orang yang kerja teruk siang dan malam sampai mati tapi kayanya tak juga. Itu pun dia tak menyesal. Ye la, apa la yang nak disesalkan kalau dah ditakdirkan tak menjadi kaya. Nak menyesal buat apa, dapat duit ke? Takkan..... kalau dah tak, nak menyesal buat apa?

"Eh, menyesal la.... Kita hidup bukannya lama Gus. Lagipun aku tak sanggup mati dalam kemiskinan. Ishhhhh.... tak sanggup aku, kalau boleh biar la aku merasa kaya dulu sebelum gol!" beritahu sahabat ku tu secara bersungguh-sungguh seolah-olah beliau takut mati sebelum kaya.

Mendengarkan katanya itu maka terfikirlah aku bahawa beliau lebih cenderung mengejar kekayaan yang menjadi impiannya selama ini. Sayangnya, mungkin dia terlupa manusia itu sepatutnya perlu berusaha siang dan malam tanpa rasa jemu untuk membuat kebaikan sepanjang hayatnya walaupun miskin tidak berharta. Soal kaya atau tidak bukanlah perkara utama bagi manusia itu membentuk kehidupannya di dunia ini kerana 'kekayaan' itu sendiri ada tersedia dalam akal insan yang seimbang lagi melimpah-ruah jika diusahakan siang dan malam.

Senang cerita... akal manusia itu lebih berhak menguasai perasaan dan kekayaan yang dimilikinya, tetapi dengan kekayaan, manusia belum tentu dapat menguasai segala yang ada..... tak reti?

Nota yang tiada hubung kait:
Sebaik sahaja aku menyarung kasut untuk keluar rumah pagi tadi, tanpa disedari anak jiran di sebelah menyapa. "Pakcik apa khabar... lama tak nampak?".
"Ada..... sihat. Kekadang tu balik malam sebab banya kerja." balasku spontan. Sebaik sahaja aku membuka pintu pagar untuk keluar anak jiran itu menyindir, "Bapak saya pun sibuk juga pakcik tapi takda la sampai balik malam...." Sakit betul hatiku mendengarnya lantas kujawab dengan geram, "Memang la bapak kamu balik awal sebab tengah malam nanti emak kamu pula masuk 'kerja"....."
Padan muka.

Share this post

Feeds RSS Subscribe to Feeds RSS
Email Email to Admin

13 comments:

dOn berkata...

kaya harta benda tapi ndak kaya ngan pahala buat apa... ;))

enassempoi berkata...

ko ni x baik lah ly.. ngan budak kecik pun nk lawan cakap kan... sabo je lah...

friendly berkata...

1. yerp, betul tu Don...
2. budak kecik apanya Na... dah bejanggut pun... :D

asriCacophony berkata...

haha.
suka last part (yang tiada hubung kait) tu la.
nak test juga kalau ada sesiapa yang cakap macam tu kat aku.

friendly berkata...

test jak asri....

dyanna berkata...

Nice blog.

friendly berkata...

thanks for visiting dyanna...

adol berkata...

nak kaya boleh, kena usaha la.. bukan senag nak senag, x susah nak susah...

lizz berkata...

saya pun sedang berusaha untuk mencari duit lebih sikit. hehehe. semue kene usaha. tp,susah jugek ni :D

friendly berkata...

1. betul tu Adol...
2. lizz kena rajin la join advertise kalo nak cari duit lebih...

eful berkata...

Tetap berikhtiar.....

Sang Pencipta tau apa yg kita butuhkan, bukan yg kita inginkan... :)

lizz berkata...

skrg sedang berusaha lagi.heheheh

Tanpa Nama berkata...

petua nak kaya http://dymmallcom.blogspot.com

Catat Ulasan

Why not get paid to leave a comment?
YOU PLAY, WE PAY. SIGN UP NOW.