Dua hari lepas aku telah membuat post tentang kejadian Boiler yang meletup di IOI Sandakan ( boleh baca disini ) yang telah menjadi perbualan hangat oleh Boilerman di seluruh Sabah ni.
Dan, berkat kerjasama antara bos aku dan kawan dia kat Sandakan, beliau telah mengirimkan gambar kejadian tersebut.
Gambar kejadian Boiler yang meletup di IOI Sandakan.












09 Disember 2009
Update: Gambar Kejadian Boiler Yang Meletup Di IOI Sandakan.
07 Disember 2009
Boiler Meletup, Seorang Terbunuh Dan Seorang Parah.

Takziah kepada keluarga mangsa. Terkejut apabila pagi tadi rakan aku dari Sandakan memberitahu bahawa sebuah "Boiler" ataupun Dandang Stim telah meletup di sebuah kilang ( IOI Edible Oil ) memproses minyak kelapa sawit. Setelah mendapat berita tu, aku segera mencari artikel tentang berita tu ( keratan berita kat atas, atau boleh baca selanjutnya disini. )
Bos aku yang mendapat berita tu kelmarin telah memberikan aku paper cina untuk melihat sendiri gambar kejadian ( gambar kejadian boleh lihat dibawah.)
Dan untuk pengetahuan, ditempat kerja aku ni ada 2 buah Boiler jenis ini. Boiler ni adalah dibawah pengawasan aku. Aku harap tidak adalah kejadian buruk seperti ini akan berlaku. InsyaAllah.






